Tuesday, November 20, 2012

Tips Buat Cookies (",)

Setelah digoogle-googlekan... saya dah dapat kumpul beberapa tips dalam penyediaan biskut yang rangup dan cantik. Mari tengok apa yang boleh dikongsi ini:
  1. Untuk biskut yang gebu, gunakan gula icing
  2. Untuk biskut yang rangup boleh guna gula castor
  3. Semua jenis kekacang yang perlu dimasukkan ke dalam adunan  hendaklah disangai/rendang atau bakar terlebih dahulu. Kekacang yang dimaksudkan termasuklah serbuk badam, serbuk kacang tanah oat dan nestum dan sebagainya.
  4. Biskut yang tidak disalut dengan coklat, boleh gunakan butter yang murah/ rendah kualiti seperti buttercup contoh biskut bersalut coklat adalah seperti Almond London. Manakala biskut yang tidak disalut hendaklah menggunakan butter yang mahal seperti SCS, Anchor contohnya biskut tidak bersalut adalah tart nenas, semperit. Manakala farmcow sangat sesuai untuk membuat kek lapis.
  5. Crisco ataupon shorterning (lemak sayuran) mahupon serbuk emplex digunakan untuk merangupkan biskut.
  6. Tepung kentang boleh digantikan dengan tepung jagung.
  7. Tidak mengapa untuk mencampurkan keseluruhan telur walaupon mengikut resepi asal hanya menggunakan Telur kuning sahaja, tapi hendaklah menambah sedikit tepung sekiranya adunan terlalu lembut.
  8. Gunakan telur saiz B dalam adunan biskut. Jika gunakan telur saiz besar, kandungan cecair dalam adunan akan meningkat dan biskut akan lambat masak.
  9. Untuk mendapatkan warna kuning telur yang cantik untuk hiasan atas biskut adalah bancuhan kuning telur + sedikit putih telur + pewarna kuning telur.
  10. Lepas mengadun doh, rehatkan dulu selama 15 minit sebelum mencanai. Biasanya masa ini boleh lah buat persediaan lain seperti mengalas dulang pembakar dan sebagainya.
  11. Untuk mendapatkan hasil biskut yang cantik jika menggunakan acuan, canai doh setebal 1/2 inci. Bentuk biskut akan menjadi cantik.
  12. Gunakan measuring spoon jika membuat biskut yang perlu digentel seperti almond london, biskut arab dan sebagainya bagi mendapatkan saiz biskut yang sama.
 Hokkay... Gudluck ;)
 
 
 

Sunday, November 18, 2012

Cotton Soft Japanese Cheese Cake

Minggu ni memamg gila-gila makan kek saja! bulat ai you!!

13th November buat untuk birthday encik hubby - kek sponge rainbow with cream cheese topping. seronok gila dia... 1st time buatkan kek birthday untuk dia. Hahha 14th November buat untuk family makan-makan kat rumah mak  15hb awal muharram tu, adik2 balik rumah mak- cotton soft japanese cheese cake saiz 7" dia,... Tengahari 15th November sebelum gerak g rumah mak buat untuk makan2 sendiri kat rumah dulu - cotton soft japanese cheese cake juga tp dlm 2 cake tin saiz 7x7x2 inci... oven off je, buka pintu oven sikit.. terus gerak ke rumah mak.. hahha tapi syok tau, makin byk kali baking. makin improve.. mmg best sgt hahha practice make perfectlah orang kata kan... hehhe

Dah melantak baru teringat nak snap picca... hehhe

Tu pon dah tinggal 1/3 je lagi...

Rasa mmg sedap dan puas hati. Hahha... cekidaut


 
COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE
Bahan-bahan:
  • 140g gula castor
  • 6 telur putih
  • 6 telur kuning
  • 1/4 tsp. cream of tartar
  • 50g butter
  • 250g cream cheese
  • 100 ml fresh milk
  • 1 tbsp. jus lemon (tak letak)
  • 60g tepung kek
  • 20g tepung jagung
  • 1/4 tsp. garam

Cara-cara:

  1. Lengserkan tin pembakar dan letak baking paper atas dan tepi tin. Panaskan oven pada suhu 160 darjah C.
  2. Cairkan cream cheese, butter dan susu dengan kaedah double boiler. Sejukkan bancuhan cream cheese. Masukkan tepung kek, tepung jagung, telur kuning dan jus lemon. Gaul sebati gunakan senduk.
  3. Kacau putih telur dan cream of tartar sehingga berbuih. Tambah gula dan kacau dengan kelajuan tinggi guna mixer sehingga adunan bertanduk (soft peak).
  4. Masukkan adunan cheese tadi kedalam mangkuk adunan putih telur. Gaul rata gunakan senduk dengan perlahan-lahan. Masukkan ke dalam tin pembakar.
  5. Panaskan air sehingga mendidih dlm kettle.
  6. Bakar dengan cara waterbath. Disebabkan oven saya ada tray bawah dan tray atas, saya guna cara ini. Letak dulang besar di tray bawah sekali. Isikan air yang mendidih tadi. Letak kan tin pembakar yang berisi adunan tadi di tray atas sekali di tengah tengah oven. Bakar selama 1 jam 10 minit. Ikut oven masing-masing. Saya bakar selama 2 jam dgn kepanasan oven 140 darjah C sebab kalau saya ikut saranan resepi ni kek saya pecah dan tidak masak ditengah.

CREAM CHEESE FROSTING

  • 250gm cream cheese
  • 150gm butter
  • 2 cawan gula aising
Kacau guna mixer kesemua bahan sehingga sebati.

Thursday, November 8, 2012

New Look

Hi..
 
Lama tak update blog! Huhuhu....
 
Walaubagaimanapun blog saya ni dah ada New Look!!
(",)(",)
 
 
Cam mana? Cantik tak??? Saya buat sendiri tau Banner tu!! Hahha...
 
In sha Allah lepas ni saya akan update selalu blog ni...
 
Jangan lupa follow ye...
Coz lepas ni lagi banyak baking projek saya (",)