Tuesday, November 20, 2012

Tips Buat Cookies (",)

Setelah digoogle-googlekan... saya dah dapat kumpul beberapa tips dalam penyediaan biskut yang rangup dan cantik. Mari tengok apa yang boleh dikongsi ini:
  1. Untuk biskut yang gebu, gunakan gula icing
  2. Untuk biskut yang rangup boleh guna gula castor
  3. Semua jenis kekacang yang perlu dimasukkan ke dalam adunan  hendaklah disangai/rendang atau bakar terlebih dahulu. Kekacang yang dimaksudkan termasuklah serbuk badam, serbuk kacang tanah oat dan nestum dan sebagainya.
  4. Biskut yang tidak disalut dengan coklat, boleh gunakan butter yang murah/ rendah kualiti seperti buttercup contoh biskut bersalut coklat adalah seperti Almond London. Manakala biskut yang tidak disalut hendaklah menggunakan butter yang mahal seperti SCS, Anchor contohnya biskut tidak bersalut adalah tart nenas, semperit. Manakala farmcow sangat sesuai untuk membuat kek lapis.
  5. Crisco ataupon shorterning (lemak sayuran) mahupon serbuk emplex digunakan untuk merangupkan biskut.
  6. Tepung kentang boleh digantikan dengan tepung jagung.
  7. Tidak mengapa untuk mencampurkan keseluruhan telur walaupon mengikut resepi asal hanya menggunakan Telur kuning sahaja, tapi hendaklah menambah sedikit tepung sekiranya adunan terlalu lembut.
  8. Gunakan telur saiz B dalam adunan biskut. Jika gunakan telur saiz besar, kandungan cecair dalam adunan akan meningkat dan biskut akan lambat masak.
  9. Untuk mendapatkan warna kuning telur yang cantik untuk hiasan atas biskut adalah bancuhan kuning telur + sedikit putih telur + pewarna kuning telur.
  10. Lepas mengadun doh, rehatkan dulu selama 15 minit sebelum mencanai. Biasanya masa ini boleh lah buat persediaan lain seperti mengalas dulang pembakar dan sebagainya.
  11. Untuk mendapatkan hasil biskut yang cantik jika menggunakan acuan, canai doh setebal 1/2 inci. Bentuk biskut akan menjadi cantik.
  12. Gunakan measuring spoon jika membuat biskut yang perlu digentel seperti almond london, biskut arab dan sebagainya bagi mendapatkan saiz biskut yang sama.
 Hokkay... Gudluck ;)
 
 
 

No comments:

Post a Comment